Solat ini amat digalakkan oleh Rasulullah. Solat ini dilakukan setelah bangun pada tengah malam iaitu selepas tengah malam hingga sebelum fajar(kira-kira pukul 1-5 pagi)
Cara mengerjakan solat sunat tahajjud
Terdapat 2 kaedah iaitu :
1) Kaedah 1
a. Lafaz dan niatnya :
"Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
b. Setelah membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama, bacalah ayat al-Kursi (7 kali)
c. Setelah membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua, bacalah surah al-Ikhlas(11kali)
d. Dalam sujud yang terakhir bacalah(40 kali)
"yahayyu yakayyumu birohmatika istaghisu laa ialaha illaa anta"
e. Selepas memberi salam, baca selawat seberapa banyak, sekurang-kurangnya 10 kali.
f. Seterusnya membaca doa berikut(33 atau 313 kali)
"yakaafii yaghani yafattahu ya razzak"
g. Seterusnya jika ingin beramal selanjutnya bolehlah berzikir 100 kali atau seberapa ikhlas
"laa ilaha illallah"
h. Membaca doa penutup :
"ya Allah, bagi-Mu segala puji. Engkau penegak langit dan bumi, alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mu segala puji, bagi-Mu kekuasaan di langit dan di bumi, alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mu segala puji, Engkaulah yang benar dan janji-Mu adalah benar. Syurga adalah benar dan neraka adalah benar dan semua nabi itu benar. Nabi Muhammad S.A.W. adalah benar. Ya Allah, kepada-Mu aku berserah diri, dan kepada-Mu aku berhukum. Ampunilah aku atas kesalahan yang sudah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan atau yang aku nyatakan. Engkaulah yang terdahulu dan Engkaulah yang terakhir. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."
2) Kaedah 2
a. Lafaz dan niatnya :
"Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
b. Setelah membaca surah al-Fatihah pada rakaat pertama, bacalah
surah al-Kafirun
c. Setelah membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua, bacalah surah al-Ikhlas.
d. Selepas memberi salam, bacalah seperti dalam kaedah 1 iaitu e, f, g, dan h
No comments:
Post a Comment